Salam Kemerdekaan Ke 53

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!..... Merdeka!..... Merdeka!.....

Salam kemedekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga pendidik khususnya.

Usia negara kita bertambah lagi....

Semoga Malaysia semakin matang dalam semua aspek pada usia ke 53.

Sama-samalah kita menjaga bumi yang tercinta ini.

Jangan kita merendahkan martabat kita di mata dunia.

Buktikan kepada dunia, walaupun kita kecil tapi semangat kita kental.

Kurangkan kerenah birokrasi.....kurangkan rasuah.....kurangkan kronisme....barulah kita di pandang tinggi dan mulia.

Cabaran alaf baru cukup hebat bagi generasi anak-anak merdeka....

Akses kepada maklumat dan bahan-bahan tanpa sekatan boleh merosakkan mereka....

Bahan-bahan lucah berlambak-lambak dalam internet.....yang boleh dapat secara percuma.

Natijahnya....maka berapa ramai anak luar nikah terhasil sekarang....berapa ramai bayi yang sudah menjadi mangsa pembuangan....

Membuang bayi ibarat membuang sampah......inikah generasi anak merdeka yang kita akan lahirkan....

Mereka ini jugalah bakal-bakal pemimpin baik sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat, ketua di peringkat kebangsaan.

Adakah kita semua sanggup pada satu masa nanti membiarkan mereka-mereka yang rosak akhlaknya memimpin kita dan anak-anak kita?.....tepuk dada!!!!

Pengisian kemerdekaan itu yang lebih penting.....jangan dibiarkan generasi muda leka dengan segala macam keseronokan hidup.....akhirnya yang akan merosakkan diri mereka sendiri dan juga merosakkan negara.

Tindakan segera perlu di ambil oleh pihak yang mempunyai kuasa, jangan dibiarkan nasi menjadi bubur.....

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.......

Sebagai pendidik...kita sentiasa semaikan sifat yang baik sewaktu di sekolah.... tetapi apabila di luar sekolah.....pengaruh persekitaran amat hebat sehingga menenggelamkan segala ajaran yang dilakukan di sekolah.

Kalau negatif lebih banyak dari positif....negatif akan sentiasa menang.

Kepada semua pihak....lakukan sesuatu.

Biarlah anak-anak merdeka ini mempunyai jati diri yang kuat dan tidak terus hanyut dalam pelukan dunia tanpa sempadan ini.

Malaysia Boleh.

Selamat Hari Merdeka.

Bye.

2 comments:

imanshah said...

Salam, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-53..

ibu WaWa said...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.
Sama2lah kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya...

*Blog / Laman Web Pilihan Bulan Ini*

Blog Pilihan Cikgu Malaysia(8)

Blog / Laman Personal Guru(149)

Blog / Laman Sekolah@Pendidikan(70)

Kalendar Persekolahan Sesi 2011

Berita Pendidikan - Local

Loading...

Berita Pendidikan - World

Loading...

Scientific American

ScienceDaily: Latest Science News

National Geographic News

HowStuffWorks

Entri Popular

Loading...
Widget by Betabloggerfordummies.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web dan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

Entri Terkini

Komen Terbaru

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP