Selamat Hari Guru....

Tuesday, May 17, 2011

Without teachers - days are:

"sadday"
"moanday"
"tearsday"
"wasteday"
"thirstday"
"fightday"
"shatterday"

Read more...

Cuti Sekolah Dah Habis...

Sunday, March 20, 2011

Sekolah dah mula balik.

Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....

Cuti seminggu je....rasa2 nak lagi.

Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.

Kalau tidak balasan di dunia.....balasan di akhirat menanti kita.

Lupakan soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil. Di dunia boleh lah berlakon...di depan Allah nanti tau lah natijahnya.

Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua.

Read more...

Maulidur Rasul 2011: Secebis Kisah Nabi Muhammad SAW

Tuesday, February 15, 2011

Ketika Rasulullah saw memimpin masyarakat Madinah, orang kaya dan orang miskin semuanya hidup aman dan sejahtera. Pada suatu hari, Rasulullah saw mengimami solat Isyak secara berjemaah. Para sahabat cemas dan menjangka Nabi saw sakit. Ini dapat dilihat para sahabat pada setiap kali Nabi mengerakkan tubuhnya untuk rukuk, sujud dan sebagainya, kedengaran bunyi seolah-olah tulang-tulang Nabi longgar semuanya. Apabila selesai mengerjakan solat Umar bin Khatab bimbang dan segera bertanya:

”Ya Rasulullah saw adakah kau sakit?”
“Tidak Umar. Aku sihat,” jawab Nabi.
“Tetapi mengapa setiap kali engkau menggerakkan badan ketika solat, kami terdengar bunyi tulang-tulangmu yang berentakan?” tanya Umar.

Mula-mula Nabi saw tidak ingin membongkarkan rahsianya. Oleh kerana para sahabat nampak was-was memperhatikan keadaannya maka Nabi saw terpaksa membukakan pakaiannya. Para
sahabat melihat Nabi saw mengikat perutnya yang kempis itu dengan selembar kain. Di dalamnya diisi dengan batu-batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Dan batu-batu kerikil itulah yang berbunyi ketika Nabi saw memimpin solat berjemaah. Dengan serta merta Umar berkata:

“Ya Rasulullah, adakah sehina itu anggapanmu kepada kami? Apakah engkau mengira seandainya engkau menyatakan lapar, kami tidak bersedia memberikanmu makanan yang lazat? Bukankah kami semua hidup dalam kemakmuran?”

Nabi tersenyum ramah dan menyahut:” Tidak, Umat. Aku tahu, kalian para sahabatku, adalah orang-orangyang setia kepadaku. Apa lagi sekadar makanan. Nyawa kalian, aku yakin kalian akan serahkan untukku sebagai tanda cinta terhadapku. Tetapi dimana akan ku letakkan mukaku di hadapan pengadilan Allah di hari pembalasan. Apabila aku selaku seorang pemimpin sentiasa membeban dan menyusahkan orang-orang yang aku pimpin?”

Para sahabat pun sedar dengan peringatan yang terkandung dalam ucapan Nabi saw itu. Sesuai dengan tindakannya yang sentiasa lebih mementingkan kesejahteraan umat daripada dirinya sendiri. Seorang tabib yang dikirimkan oleh penguasa Mesir bernama Muqauqis dikirim sebagai tanda persahabatan, selama dua tahun tabib itu berada di Madinah. Dan selama dua tahun itulah tabib itu menganggur manandakan betapa sihatnya penduduk Madinah. Sampai tabib itu bosan dan bertanya kepada Nabi: “Apakah masyarakat Madinah takut kepada tabib?”
“Tidak. Terhadap musuh mereka tidak takut. Apa lagi kepada tabib, jawab Nabi saw.
“Tetapi mengapa selama dua tahun tinggal di Madinah, tidak ada seorang pun yang pernah berubat dengan saya?” soal tabib itu.
“Kerana penduduk Madinah tidak ada yang sakit,” jelas Nabi saw. Tabib itu kurang mempercayainya,” Masakan tidak ada seorang pun yang mengidap penyakit?”
“Silakan periksa seluruh penjuru Madinah untuk membuktikan kata-kataku,” ujar Nabi saw.

Lalu tabib itu memulakan perjalanannya mengelilingi kota Madinah. Ternyata memang benar. Di seluruh Madinah, tabib itu tidak menjumpai orang yang sakit. Dia kagum dan hairan, lantas dia segera mengadap Nabi saw dan bertanya:

“Apakah petua sehingga menyebabkan orang-orang Madinah sihat-sihat semuanya?”

Rasulullah saw menjawab:
Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan, kalau tidak lapar. Dan jika kami makan tidak sampai terlalu kenyang. Itulah petua untuk sihat. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertakwa kepada Allah, bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

Read more...

*Blog / Laman Web Pilihan Bulan Ini*

Blog Pilihan Cikgu Malaysia(8)

  • KEM SMK SG BESI - KEM KEPIMPINAN - 25 - 26 FEB 2012 SMK SUNGAI BESI dengan kerjasama EcoKids dan Kem Nur Sg Merab telah menjalani perlaksaan kem kepimpinan Pengawas berasaskan Modul CarEB d...
    4 hours ago
  • Hebron 18 tahun lalu... - Pada tanggal 25 Februari 1994, saat ratusan jamaah Muslim sedang menunaikan ibadah sholat subuh di Masjid Ibrahimi di pusat kota Hebron, seorang teroris Y...
    14 hours ago
  • Bahaya Tersedak Susu - Oleh : Zuhayati Yazid Utusan Malaysia 23/2/2012 Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia meli...
    3 days ago
  • Rahsia Tangisan Bayi - Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, ...
    6 days ago
  • DBP Audit Bahasa Melayu - Garis panduan hampir siap, kemuka kepada kerajaan Jun PETRA JAYA: Masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu sepenu...
    1 week ago
  • Guide for PEKA - Construct that is assessed in PEKA Science Form 4 and 5. ** Constructs I, III and IV* are assessed based on evidences of laboratory reports. *** Construct...
    4 weeks ago
  • - KUTERUSKAN PERJALANAN (Catatan pada hari ulangtahun genap usia, dengan ihsan Illahi) Pasti waktu berlalu, kini, nanti kembali Kuingati, kuteruskan kembara u...
    5 weeks ago

Blog / Laman Personal Guru(149)

Blog / Laman Sekolah@Pendidikan(70)

Kalendar Persekolahan Sesi 2011

Berita Pendidikan - Local

Loading...

Berita Pendidikan - World

Loading...

Scientific American

ScienceDaily: Latest Science News

National Geographic News

HowStuffWorks

Entri Popular

Loading...
Widget by Betabloggerfordummies.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web dan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

Entri Terkini

Komen Terbaru

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP