TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Jenis-Jenis Perangai Manusia.....Di Sekolah dan Di Mana-mana

1. Adventurous
- Manusia jenis ini suka mencuba perkara yang berbeza-beza dan juga perkara yang menarik, walau pun membahayakan diri sendiri.
- Tak banyak manusia jenis ini di sekolah, contohnya kalau P & P tu....dok ulang kaedah lama dari dulu, kini dan selamanya. Macam mana anak murid nak minat belajar....mengajar dah 15 tahun, modul satu apa pun tak buat....lepas tu dok mengaku bagus mengajar. Bagus tahik kucing.....Kalau pelajar tak dapat menguasai apa yang di ajar....mula lah nak salahkan pelajar. Ingat "Customer is the king". Kalau spesis cikgu-cikgu lama...nak mengajar menggunakan TMK jangan harap...dah la tak tahu....malas pulak nak belajar.....pelajar dah maju ke depan....cikgu masih terhegeh-hegeh.....

2. Aggressive
- berkelakuan atau bersikap mudah marah dan sentiasa ingin bergaduh.
- Contoh terbaru....guru bergaduh dengan guru....guru tampar pelajar....pelajar tampar guru....ibu tampar guru.....
- lepas ini....jangan ada pulak guru tampar guru besar.....guru besar tampar guru.....

3. Artistic
- sangat bagus dalam hal-hal berkenaan lukis melukis dan unsur2 kesenian. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
- biasanya guru Pendidikan Seni Visual....jadi mangsa untuk buat Mural di dinding bangunan sekolah.

5. Calm
- Sangat tenang, daya kesabaran yang tinggi dan sukar marah.
- Ramai jugak di sekolah jenis ini....yang dia tahu mengajar aje....kelas 'out of control'....anak murid di belakang lintang pukang.....dia tak kisah.....tenang....hinggakan cikgu di kelas sebelah ingat guru tidak ada dalam kelas tersebut.....intai-intai rupanya ada....sungguh calm guru tersebut. Kelas kotor pun, dia buat tak tahu jugak....mengajar...dan mengajar. Gua tabik....gua tabik betul dengan guru jenis ini!

7. Cheerful
- Sentiasa gembira, senyum dan ramah tamah.
- Jarang ada....kalau ada pun terlebih Cheerful...tak tahu apa benda yang dibuat di sekolah...yang dia tahu gelak....lepas tu ketawa...lepas tu gelak lagi....macam kat hospital sakit jiwa. Kerja habuk pun tak jalan....

8. Conceited
- Terlalu yakin dengan kebolehan dan pencapaian diri sendiri@Perasan Bagus
- Spesies masuk "bakul angkat sendiri". Buat kerja tidak perlu bantuan orang....buat senyap-senyap aje, tak nak orang tahu....takut-takut orang lain tiru idea dia. Spesies jenis ini, kalau pindah sekolah, dok jaja satu sekolah tentang kebaikan dan kebagusannya di sekolah lama....nak muntah kalau dengar ceritanya...kalau lu buat kerja bagus....lama2 orang tahu jugak, tak payah nak bangga diri.

9. Critical
- Selalu bersangka buruk dengan kerja-kerja yang dibuat oleh orang lain atau apa sahaja yang dikatakan oleh lain
- Ada la seorang dua...semua kerja orang lain buat tak bagus, hanya kerja dia aje yang baik. Mulalah nak komen kerja orang itu...orang ini. Kalau dalam mesyuarat tak ada pulak nak bagi komen, tapi selepas mesyuarat....mulalah dicanang satu sekolah...program ini tidak bagus...program ini tidak sesuai....dasar hati busuk.

10. Cruel
- Dengan senyaja, menyakitkan hati orang dan membuat orang marah.
- Jenis ini suka mengenakan orang...."Siap, dalam mesyuarat nanti aku akan hentam Bos, GPK dan siapa saja, asal aku puas hati...". Tapi kalau bos nak tukar manusia jenis, marah la pulak...kata bos kejam...bos tak sebulu dengan dia...wah hal...dia yang banyak komplen pasal bos...pelik..pelik.
- Bos pun, kadang-kadang kejam jugak....ada ke patut, sebut terang-terang nama individu yang buat kesalahan tak seberapa....macamlah dia tidak pernah jadi guru biasa....bertimbang rasa dan berbudi bicara la sikit....tak rugi pun.

11. Energetic
- sangat aktif dan boleh melakukan banyak kerja tanpa rasa letih dan jemu.
- Kalau ada jenis ini, bertuah sekolah tapi payah nak dapat...buat kerja sikit komplen....asyik aku je kerja lebih...cikgu lain dok goyang kaki.
- Kalau dapat jenis ini, bagi APC tiap-taip tahun tak apa.....ini nak APC, kerja malas nak mampus, tak dapat...mula lah jaja cerita satu sekolah.....GPK dan BOS tidak adil....pilih KRONI aje...

12. Fussy
- Cerewet.
- Cerewet aje tak apa, ini jenis cerewet nak mampos....sorry bahasa kasar sikit.
- semua nak perfect....biasanya BOS la bersikap macam nie...tambah-tambah lagi kalau jenis perempuan...kalau buat surat tu, silap satu perkataan pun...suruh diperbetulkan balik....
- Ideanya aje yang betul....idea orang macam sampah. Kalau dapat BOS jenis cerewet tahap tinggi, bukan sahaja guru yang menyampah....bah kan tukang sapu, tukang kebun dan makcik kantin tak suka....waima...kucing pun tak suka. Ada ke patut, hari ini tanam bunga kat sini....esok-esoknya diarah tukang kebun pindah kat lain....contoh cerewet tahap tinggi.


bersambung ke episod akan datang....

Read more...

Sekadar Perkongsian....

ADAB MENYAMBUT SUAMI

Sambutlah suamimu di muka pintu....
Terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami.

Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


P/S:
Suami juga harus memuliakan dan melayan isteri dengan sebaik-baiknya, kerana isteri:
1. Melahirkan anak-anak kita............buat sama-sama, tapi isteri sakit seorang-seorang ketika bersalin......bila bercerai baru nak mengaku anak....anak adalah hak isteri selagi belum akhil baligh....so, kalau sayang anak janganlah bercerai!!!
2. Sama-sama berkerja untuk meringankan beban kita....kalau tidak tidak merasa lah pakai kereta besar, rumah besar......Gaji hak mutlak isteri. Wahai para suami, kalau nak guna duit isteri, kena dapat keizinan dahulu.....jangan main pakai sapu aje....berdosa.
3. Menyediakan makan minum kita walaupun seharian penat bekerja.....jangan banyak komplen, ini tak sedap, itu tak sedap.....makan aje......kalau nak makan sedap-sedap, kahwinlah dengan tukang masak...
4. Menyusukan anak............dan bapanya sekali. Berat tugas tu....kekadang berebut....jangan ada sampai kena buat cerita dayung perahu sudahlah.....kah...kah...kah......faham? tak faham sudah.....
5. Berjaga malam jika anak-anak sakit....bapa buat tahik mata. Buat "keras pedal".....
6. Menjaga kita sewaktu kita sakit.....tu pun masih nak marah-marah lagi....nasib baik isteri tak doa pendek umur.....

Jangan jadikan isteri:
1. Tempat melepaskan segala amarah, cacian dan kata-kata kesat....selepas melayan anda bagaikan putera raja.....
2. Sebagai "Punch bag" untuk melepaskan segala tumbukan, pukulan dan sepakan. Carilah lawan yang sepadan.....barulah tahu sapa hebat, ini berani dengan isteri aje...dgn orang lain penakut macam tikus......
3. Mangsa penderaan mental....dengan segala perbandingan yang kadang-kadang tidak logik didengar dengan akal yang waras....

Sama-sama renungkan.....

Wassalam.

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP