SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2025.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

HRMIS - Penambahbaikan Sub Modul Cuti

MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN DI SUB MODUL CUTI: KELOMPOK PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD (CTR) KELOMPOK BAGI CUTI UMRAH DAN CUTI CHRISTMAS EVE DI HRMIS 2.0



Penambahbaikan di HRMIS melibatkan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok bagi jenis Cuti Umrah dan Christmas Eve. Permohonan bagi dua (2) cuti ini boleh digunakan di HRMIS bermula 1 Disember 2024.

 

Ujian Amali Sains SPM 2024


 

Info Peperiksaan SPM 2024


 

Permohonan Ke Matrikulasi


 

Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk Bandar,


kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung


pada suatu pagi yang manis dan ranum


di atas bangunan parlimen yang kosong



seluruh kaum burung telah diwakili


oleh para cerdik pandai, kecuali


perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian


penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang.



sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan


kupu-kupu yang ada kepentingan


dengan persoalan yang kami bincangkan



Tuan Datuk Bandar,


meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami


kerana perbezaan fahaman taraf ‘Datuk dan ‘cucu’


kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu


(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran


menyebut rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan


untuk kami tuan namakan perkataan ‘bulu’)


kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk


MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH



Tapi manusia kota ini telah membunuh


KEHIJAUAN alam


Semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit sejak lumpur,


kota ini menjadi batu-batu


kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu


Mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah


Burung merbuk telah ditipu dengan nama Padang Merbuk


Sedangkan mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan Sangkar



Perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes


Kerana menuduhnya sebagai


‘pipit pekak makan berhujan’.


Ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai


Bahawa tuan telah menghina kaum sejenis mereka


Datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia di tubuh Datuk


dengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’, sedangkan kami tahu


‘pipit’ dan ‘punai’ Datuk tak pandai terbang


Tuan Datuk Bandar Surat ini merayu kebijaksanaan tuan


Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan


Tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap rimbunan


Itulah rumah kami,


kediaman kami turun temurun.


Malah demi kesejahteraan manusia Kesihatannya, kebahagiaan, kedamaiannya


Alam semula jadi seribu keindahan mekar.


Di bawah matahari bersinar.



Usman Awang


(Puisi-puisi Pilihan Koleksi Sasterwan Negara, 1988).

SSM vs SSPA


 

PERUBAHAN PENEMPATAN DAN PELANTIKAN BAHARU


 

Ketua Setiausaha KPM

 


Mantan Ketua Setiausaha KPM


 

CARA IMAM SYAFII MENGAJARKAN MURIDNYA YANG LAMBAN BELAJAR


Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.

Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,


“Rabi’ Sudah faham atau belum?”


“Belum faham, ”jawab Rabi’.


Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajarannya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.


Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.


Rabi' rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi'i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.


Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.


Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?


Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.


Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?


Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata, 

 

”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”


Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.


Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.

 

Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.


Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.


Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?


Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?


Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?


Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?



Source:

https://www.mugtama.com/.../91619-2019-09-08-08-24-56.html

Tarikh-Tarikh Penting SPM 2024


STEM(SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK)

 






About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP