SURAT SIARAN PERINGATAN KEPADA WARGA SEKOLAH BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN BERJEREBU
40 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS)
1. SBPI Gombak (0.93)
2. Sekolah Tun Fatimah (1.04)
3. Kolej Tunku Kurshiah TKC (1.05)
4. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.15)
5. SMS Tuanku Munawer (1.16)
6. SBPI Rawang (1.16)
7. Sekolah Alam Shah (1.17)
8. Kolej Melayu Kuala Kangsar (1.23)
9. Sekolah Seri Puteri (1.24)
10. Kolej Yayasan Saad (1.24)
11. Mrsm Kuala Kubu Bharu (1.26)
12. Mrsm Kepala Batas (1.31)
13. SMS Hulu Selangor (1.32)
14. SMS Tuanku Aishah Rohani (1.34)
15. Mrsm Johor Bahru (1.35)
16. Mrsm Tun Ghaffar Baba (1.39)
17. SMS Kota Tinggi (1.41)
18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1.41)
19. Mrsm Gemencheh (1.41)
20. Mrsm Taiping (1.41)
21. Mrsm Pengkalan Chepa (1.43)
22. SMA Persekutuan Kajang (1.48)
23. Mrsm Kota Putera (1.48)
24. Mrsm Sungai Besar (1.48)
25. Mrsm Balik Pulau (1.48)
26. SMK Tengku Sarafudin Badlishah (1.51)
27. Sekolah Dato Abdul Razak (1.51)
28. Mrsm Batu Pahat (1.51)
29. SMS Seri Puteri (1.51)
30. Mrsm Pasir Salak (1.54)
31. Smka Sheikh Hj. Mohd Said (1.54)
32. Kolej Islam Sultan Alam Shah (1.55)
33. Mrsm Langkawi (1.55)
34. Mrsm Pasir Tumboh (1.56)
35. Mrsm Baling (1.59)
36. SMS Machang (1.65)
37. Mrsm Kuala Berang (1.66)
38. SMS Selangor (1.68)
39. Mrsm Tun Abdul Razak (1.69)
40. SMS Tapah (1.70)
Read more...HRMIS - Penambahbaikan Sub Modul Cuti
MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN DI SUB MODUL CUTI: KELOMPOK PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD (CTR) KELOMPOK BAGI CUTI UMRAH DAN CUTI CHRISTMAS EVE DI HRMIS 2.0
Penambahbaikan di HRMIS melibatkan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok bagi jenis Cuti Umrah dan Christmas Eve. Permohonan bagi dua (2) cuti ini boleh digunakan di HRMIS bermula 1 Disember 2024.
Read more...
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan
mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong
seluruh kaum burung telah diwakili
oleh para cerdik pandai, kecuali
perwakilan burung gagak yang sibuk dengan
urusan kematian
penembakan, bangkai hanyut di sungai
kelang.
sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati
undangan
kupu-kupu yang ada kepentingan
dengan persoalan yang kami bincangkan
Tuan Datuk Bandar,
meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami
kerana perbezaan fahaman taraf ‘Datuk dan
‘cucu’
kerana kelainan pendapat antara rambut dan
bulu
(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran
menyebut rambut pada diri tuan-tuan,
sedangkan
untuk kami tuan namakan perkataan ‘bulu’)
kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk
MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH
Tapi manusia kota ini telah membunuh
KEHIJAUAN alam
Semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN
ringgit sejak lumpur,
kota ini menjadi batu-batu
kami masyarakat burung menjadi mangsa yang
bisu
Mendiang burung belatuk menjadi korban
punggur rebah
Burung merbuk telah ditipu dengan nama
Padang Merbuk
Sedangkan mereka dipenjarakan di tempat
yang tuan namakan Sangkar
Perwakilan burung pipit telah mengemukakan
protes
Kerana menuduhnya sebagai
‘pipit pekak makan berhujan’.
Ia disokong kuat oleh perwakilan burung
punai
Bahawa tuan telah menghina kaum sejenis
mereka
Datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia di tubuh Datuk
dengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’, sedangkan
kami tahu
‘pipit’ dan ‘punai’ Datuk tak pandai
terbang
Tuan Datuk Bandar Surat ini merayu
kebijaksanaan tuan
Peliharalah tiap pucuk dan akar
tumbuh-tumbuhan
Tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap
rimbunan
Itulah rumah kami,
kediaman kami turun temurun.
Malah demi kesejahteraan manusia
Kesihatannya, kebahagiaan, kedamaiannya
Alam semula jadi seribu keindahan mekar.
Di bawah matahari bersinar.
Usman Awang
(Puisi-puisi Pilihan Koleksi Sasterwan
Negara, 1988).
CARA IMAM SYAFII MENGAJARKAN MURIDNYA YANG LAMBAN BELAJAR
Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.
Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.
Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajarannya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.
Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.
Rabi' rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi'i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.
Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.
Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?
Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”
Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.
Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.
Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.
Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?
Source:
https://www.mugtama.com/.../91619-2019-09-08-08-24-56.html


.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)











.jpg)
.jpg)

.jpg)
