TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Awas Kepada Pemilik Laptop: 'Radar’ Samun

“Semua benda hidup di dunia ini ada frekuensi tersendiri, jadi tidak hairan mengapa penjenayah boleh mengesan barang elektronik berharga seperti komputer riba, telefon bimbit dan kamera digital walaupun disorok dalam kereta berkunci.

“Sekarang terlalu banyak alat untuk mengesan frekuensi dijual di pasaran dengan harga antara RM10 sehingga RM10,000,” kata pereka cipta terkenal tempatan, Zulkifli Haron, 50.

Menurutnya, alat ‘gadget’ berkenaan juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz daripada yang kecil hingga ke besar, malah ada yang berbentuk seperti pen.

“Alat itu juga senang digunakan berikutan ia akan mengeluarkan bunyi sekiranya mengesan kewujudan ‘smart chip’ pada alatan komputer riba atau telefon bimbit sebaik dihalakan pada kenderaan.

“Sebenarnya alat itu dibuat dan dijual di pasaran untuk mengesan kerosakan mesin tetapi sekarang ia disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab dan lazimnya mereka ini akan mengubah alat mengesan yang dibeli untuk kegunaan serta maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, walaupun bateri dicabut daripada alat elektronik milik mangsa, namun sesetengah alat pengesan ini masih boleh mengesan frekuensi kerana setiap alatan elektronik mempunyai ‘back up’ yang dipanggil ‘memori bateri’.

Dia yang sudah lama berkecimpung dengan dunia teknologi elektronik ini juga menasihatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyimpan barangan berharga dalam kenderaan berikutan mudah dikesan penjenayah.

Katanya, teknologi berasaskan ‘hubungan maya’ kini boleh mendatangkan kemudaratan yang besar jika disalah gunakan dan setiap benda elektronik sebaik-baiknya dibuat salinan secara mekanikal bagi menjamin keselamatan.

“Banyak risiko wujud di zaman teknologi ini dan selain mengambil langkah berjaga-jaga pengguna juga perlu memastikan aliran wang keluar di bank atau bil telefon adalah betul dengan kadar penggunaan kerana sesiapa yang celik teknologi boleh mengambil kesempatan.

“Kita tidak boleh menghalang penjualan alat mengesan frekuensi ataupun sebarang alat berteknologi di pasaran untuk menghentikan isu kecurian ini kerana wujudnya teknologi adalah untuk memudahkan kerja manusia,” katanya.

Namun begitu, menurutnya orang ramai seharusnya mengambil tahu serba sedikit mengenai teknologi yang ada sebagai langkah berjaga-jaga.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP