TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Erti Kemerdekaan Kepada Saya.....

1. Bebas dari penjajahan fizikal dan minda.

2. Bebas melakukan apa sahaja selagi tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.

3. Bebas dalam menentukan hala tuju masa depan.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Semoga Malaysia ku terus aman, makmur, bersatu padu, maju dan semakin bertamadun seiring dengan usia Kemerdekaan ke-52.

Read more...

Langsir Baru

Kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi, maka langsir Cikgu Malaysia telah diganti baru.

Semoga semua orang suka.

Semangat nak raya melebihi budak-budak nie. Itulah nikmat bagi mereka yang berpuasa.

Semoga langsir baru ini akan menarik lebih ramai tetamu untuk singgah ke teratak Cikgu Malaysia.

Buatlah macam rumah sendiri, ambillah dan makanlah apa-apa aje yang ada disini.

Semuanya percuma, makanlah untuk kebaikan dan keberkatan.

Kalau rasa sedap, sebarkanlah kepada rakan-rakan lain untuk berkunjung sama.

Selamat berpuasa dan semoga diberikan kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi segala dugaan dari Allah.

Bye.

Read more...

Penyucian di Bulan Ramadhan.

Hari ini hari ke 5 kita berpuasa.

Semoga sifat dan kelakuan yang tidak baik(syaitan) mula meninggalkan diri kita dan digantikan dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.


Apatah lagi, sebagai seorang pendidik, kita semestinya mempamerkan sifat-sifat baik agar ia menjadi ikutan kepada anak didik kita.

Jangan kita merosakkan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa, masyarakat dan negara dalam menghasilkan generasi akan datang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Ingatlah amanah yang diberikan merupakan "amanah berbayar" yang mana setiap sen yang diberikan kepada kita akan diperhitungkan kelak di Akhirat nanti.

Jangan kita selesa dengan apa yang kita ada dan dapat sekarang, kerana apa yang kita dapat belum tentu hak kita andai kata kita tidak menunaikan tanggugjawab dengan sempurna dan sepenuhnya.

Sama-samalah kita melihat dan cermin diri kita apakah yang kita dapat itu selayaknya dengan apa yang kita usahakan. Ingatlah rezeki yang tidak halal akan mengakibatkan kehidupan kita tidak diberkati oleh Allah.

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah di bulan Ramadhan ini agar kita hari ini menjadi manusia yang lebih baik berbanding semalam.

Semalam merupakan sejarah - jangan ditangisi apa yang telah berlaku, hari ini merupakan hak kita - maka rebutlah segala peluang yang ada, dan hari esok belum tentu - jangan difikirkan apa akan berlaku.

Wassalam.

Read more...

Sekolah “Ramadhan”

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar Ramadhan telah menjelma lagi.

Bersyukur kepada Allah kerana kita diberikan kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan sekali lagi, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.

Semoga sekolah “Ramadhan” pada kali ini meningkatkan lagi tahap ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah.

Diharapkan pada tahun ini kita lulus dengan cemerlang dan naik “darjah” apabila Ramadhan berakhir. Janganlah kita berada di “darjah” yang sama setiap tahun.

Ramadhan ini banyak memberikan pendidikan kepada kita agar menjadikan “insan” yang lebih baik, samada hubungan kita sesama manusia apatah lagi hubungan kita dengan Allah.

Sama-samalah kita mengejar “Offer” yang diberikan Allah setahun sekali khususnya bagi umat Islam sahaja kerana kita belum tentu mendapat kembali “Offer” ini pada tahun hadapan.

Wassalam.

Read more...

Blog Pilihan Minggu Ini

Read more...

Pelajar cemerlang dapat rumah


KOTA BHARU: "Saya bersyukur kerana semua ini rezeki daripada Allah. Rumah baru ini adalah hadiah paling besar buat kami sekeluarga sempena kedatangan Ramadan," kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Semalam, penantian keluarga Nik Nur Madihah untuk memiliki rumah baru yang lebih selesa akhirnya tercapai apabila menerima kunci banglo yang dihadiahkan Kerajaan Kelantan sebagai penghargaan atas kejayaan cemerlangnya di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini.

Banglo setingkat yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air seluas 800 kaki persegi bernilai RM130,000 itu dihadiahkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang mengambil masa lebih dua bulan untuk disiapkan.

Nik Nur Madihah berharap, hadiah rumah baru itu juga akan menjadi pendorong kepada tiga adiknya untuk turut mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran di samping sebagai inspirasi kepada pelajar lain untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang membantu dan memberikan pelbagai sumbangan kepada kami sekeluarga selama ini," katanya selepas majlis penyerahan kunci rumah yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Read more...

CUEPACS mahu cuti khas

MELAKA 15 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta cuti khas tujuh hari yang diberikan kepada kakitangan awam yang dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.

Selain itu Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran insentif khas kepada kakitangan awam yang bertugas membuat pemeriksaan kesihatan virus H1N1 di semua pintu masuk negara.

Katanya, pemberian insentif itu perlu kerana golongan berkenaan merupakan kelompok kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.

''Kita juga mahu apabila sesebuah sekolah diarah tutup akibat wabak H1N1, bukan hanya pelajar dan guru bercuti tetapi perlu melibatkan pekerja lain di sekolah berkenaan.

UMO

''Ini kerana kita mendapat laporan daripada ahli kita dalam kes H1N1 ini, ada sekolah yang diarah tutup tetapi pekerja tetap diminta datang bekerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-32 Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Melaka di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa jabatan dan agensi kerajaan mengadakan taklimat khas kepada kakitangan awam berhubung perkembangan wabak H1N1 dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengambil langkah kesihatan sewajarnya.

Omar berkata, walaupun kes kematian di negara ini disebabkan H1N1 semakin meningkat namun masih terdapat di kalangan kakitangan awam yang melihat perkara itu sebagai isu remeh.

''Hasil tinjauan CUEPACS mendapati masih ramai penjawat awam tidak mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup muka dan hidung serta menggunakan sabun untuk mencuci tangan," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa ketua jabatan mengambil langkah menyediakan kemudahan penutup mulut dan hidung serta sabun bagi kegunaan kakitangan awam.

Read more...

Statistik Kematian H1N1


Info mengenai H1N1 boleh didapati dengan klik pautan berikut:
http://buahatiumi.blogspot.com/2009/08/walaupun-dalam-kebanyakkan-blog-dah-ada.html

Read more...

Lihat anak bulan 20 Ogos

Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada 20 Ogos ini.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 29 tempat di seluruh negara ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat itu ialah Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Read more...

Kita Kena Mulakan Dari Hati

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda jug. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.

Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

Read more...

Rehatkan Otak....

Cuba tengok dan renungkan apa yang ada dalam gambar di bawah nie....

Read more...

Untuk Lelaki Sahaja....

Perempuan pun boleh belajar, tiada masalah - untuk anak, suami dan .....

Berikut adalah cara-cara betul mengikat tali leher.

Cara 1:

Cara 2:
Cara 3:
Cara 4:
Cara 5:

Read more...

Sekolah Zon Larangan Merokok

Merokok merupakan satu tabiat yang tidak berfaedah yang banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Bahkan sesetengah ulama mengkatogerikan merokok itu haram disisi Islam.

Kalau tanya semua doktor dalam dunia ini pun, aku pasti tidak ada yang kata merokok itu baik untuk kesihatan.

Aku tidak kisah kepada siapa2 yang nak merokok, silakan....tetapi yang aku kesalkan ada dikalangan guru yang merokok di dalam kawasan sekolah. Dah lah kawasan sekolah, dalam kantin lagi. Dalam tandas tak usah ceritalah, jadi pot tetap sehinggakan nazir yang datang ke sekolah pun tegur kerana tandas guru kelam berbau asap rokok.

Hormatilah sikit rakan2 sekerja yang tidak merokok, tambah2 lagi kepada guru perempuan. Ini di dalam kantin, tempat orang makan lagi dengan selamba hisap rokok. Tak beradab langsung.....

Nak tegur, susah.... sebab yang buat orang tua. Cerdik2 belaka ada ijazah lagi. Semakin tua seseorang semakin susah untuk ditegur. Kalau pelajar senang cerita. Aku percaya majoriti guru tak suka mereka ini hisap rokok dalam kantin atau mana2 kawasan hak bersama, tetapi buat diam aje....maklumlah sapa berani tegur kerana mereka ini orang2 yang hebat2 belaka.....Silap tegur kita yang kena.....

Bagi yang tak merokok, mereka "allergic' dengan bau asap rokok. Bau asap rokok ini akan melekat pada pakaian dan baunya susah hilang. Bahkan kalau tak dibasuh, bau nya tidak akan hilang.

Mengikut kajian, "pasif smoker" adalah lebih berisiko terdedah kepada bahaya yang terdapat dalam asap rokok berbanding dengan penghisap rokok itu sendiri.

Kita sebagai guru kena tunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar. Kalau kita sendiri hisap rokok di kawasan larangan, maka kita tidak layak untuk marah kepada mereka jika didapati ada pelajar merokok di kawasan sekolah.

Pelajar sekarang bukan macam masa kita dahulu yang boleh mengikut arahan guru tanpa banyak soal. Pelajar sekarang akan mempersoalkan apa yang kita buat. Kalau guru boleh kenapa aku tidak boleh buat? Pelajar tahu mana2 guru yang merokok kerana bau asap rokok akan melekat pada pakaian dan apabila masuk ke kelas, bau itu dapat dihidu oleh pelajar.

Kalau kita tangkap pelajar kerana hisap rokok di sekolah dan hukum mereka. Ibubapa mereka juga boleh mempersoalkan tindakan sekolah kerana guru juga merokok juga di kawasan larangan dan mengapa tindakan tidak di ambil ke atas guru. Istilah "aku guru kau pelajar" sudah tidak boleh digunakan sekarang kerana zaman sudah berubah maka mentaliti kita juga perlu berubah. Kita bernasib baik kerana mengajar di luar bandar, kalau dibandar dah lama pelajar lapor kepada ibubapa mereka, silap2 hari bulan nama kita sampai JPN atau paling tidak PPD. Bukan sahaja nama sendiri yang busuk, kerjaya guru juga akan terpalit sama kerana tindakan segelintir guru yang tidak beretika ini.

Guru merupakan profession yang suci, kita kena bersih dari segenap aspek kerana tugas kita adalah untuk mendidik pelajar menjadi baik. Kalau kita sendiri tidak boleh menunjukkan contoh yang baik, macam manalah kita hendak mendidik mereka supaya jadi baik. Betul kata pepatah, kalau "Kalau guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari" dan "kalau guru hisap rokok, murid hisap dadah"!!!!

Janganlah kita menjadi "gunting dalam lipatan" yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada kerjaya sebagai guru. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memertabatkan profession perguruan. Masyarakat diluar sana hanya tunggu masa untuk bertepuk tangan jika ada isu2 yang menjatuhkan bidang keguruan. Siapa yang merosakkan kerjaya ini.... tepuk dada tanya diri sendiri......

Kepada sesiapa yang merokok, berhentilah kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan. Jangan tunggu sehingga dinasihatkan oleh doktor, Encik..... paru2 encik dah rosak, paru2 encik dah tak kenyal lagi kerana terlalu banyak tar pada permukaanya. Kandungan oksigen dalam darah encik rendah, kalau kandungan oksigen rendah, nanti otak encik pulak yang akan rosak kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi. Saya nasihatkan encik berhenti merokok dari sekarang kalau tidak paru2 encik akan rosak sepenuhnya..... Pada masa itu janganlah menyesal kerana paru2 tiada "spare parts" kat kedai. Jangan jadi macam jiran aku yang "kaki rokok", kini paru2 dah jem, bernafas pun semput. Nak petik buah rambutan pakai galah pun dah tak larat, termengah2.... kesian aku tengok. Berhenti merokok pada masa itu dah tak guna dah.... yang rosak tetap rosak.

Wassalam

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP