TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Sekolah Zon Larangan Merokok

Merokok merupakan satu tabiat yang tidak berfaedah yang banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Bahkan sesetengah ulama mengkatogerikan merokok itu haram disisi Islam.

Kalau tanya semua doktor dalam dunia ini pun, aku pasti tidak ada yang kata merokok itu baik untuk kesihatan.

Aku tidak kisah kepada siapa2 yang nak merokok, silakan....tetapi yang aku kesalkan ada dikalangan guru yang merokok di dalam kawasan sekolah. Dah lah kawasan sekolah, dalam kantin lagi. Dalam tandas tak usah ceritalah, jadi pot tetap sehinggakan nazir yang datang ke sekolah pun tegur kerana tandas guru kelam berbau asap rokok.

Hormatilah sikit rakan2 sekerja yang tidak merokok, tambah2 lagi kepada guru perempuan. Ini di dalam kantin, tempat orang makan lagi dengan selamba hisap rokok. Tak beradab langsung.....

Nak tegur, susah.... sebab yang buat orang tua. Cerdik2 belaka ada ijazah lagi. Semakin tua seseorang semakin susah untuk ditegur. Kalau pelajar senang cerita. Aku percaya majoriti guru tak suka mereka ini hisap rokok dalam kantin atau mana2 kawasan hak bersama, tetapi buat diam aje....maklumlah sapa berani tegur kerana mereka ini orang2 yang hebat2 belaka.....Silap tegur kita yang kena.....

Bagi yang tak merokok, mereka "allergic' dengan bau asap rokok. Bau asap rokok ini akan melekat pada pakaian dan baunya susah hilang. Bahkan kalau tak dibasuh, bau nya tidak akan hilang.

Mengikut kajian, "pasif smoker" adalah lebih berisiko terdedah kepada bahaya yang terdapat dalam asap rokok berbanding dengan penghisap rokok itu sendiri.

Kita sebagai guru kena tunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar. Kalau kita sendiri hisap rokok di kawasan larangan, maka kita tidak layak untuk marah kepada mereka jika didapati ada pelajar merokok di kawasan sekolah.

Pelajar sekarang bukan macam masa kita dahulu yang boleh mengikut arahan guru tanpa banyak soal. Pelajar sekarang akan mempersoalkan apa yang kita buat. Kalau guru boleh kenapa aku tidak boleh buat? Pelajar tahu mana2 guru yang merokok kerana bau asap rokok akan melekat pada pakaian dan apabila masuk ke kelas, bau itu dapat dihidu oleh pelajar.

Kalau kita tangkap pelajar kerana hisap rokok di sekolah dan hukum mereka. Ibubapa mereka juga boleh mempersoalkan tindakan sekolah kerana guru juga merokok juga di kawasan larangan dan mengapa tindakan tidak di ambil ke atas guru. Istilah "aku guru kau pelajar" sudah tidak boleh digunakan sekarang kerana zaman sudah berubah maka mentaliti kita juga perlu berubah. Kita bernasib baik kerana mengajar di luar bandar, kalau dibandar dah lama pelajar lapor kepada ibubapa mereka, silap2 hari bulan nama kita sampai JPN atau paling tidak PPD. Bukan sahaja nama sendiri yang busuk, kerjaya guru juga akan terpalit sama kerana tindakan segelintir guru yang tidak beretika ini.

Guru merupakan profession yang suci, kita kena bersih dari segenap aspek kerana tugas kita adalah untuk mendidik pelajar menjadi baik. Kalau kita sendiri tidak boleh menunjukkan contoh yang baik, macam manalah kita hendak mendidik mereka supaya jadi baik. Betul kata pepatah, kalau "Kalau guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari" dan "kalau guru hisap rokok, murid hisap dadah"!!!!

Janganlah kita menjadi "gunting dalam lipatan" yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada kerjaya sebagai guru. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memertabatkan profession perguruan. Masyarakat diluar sana hanya tunggu masa untuk bertepuk tangan jika ada isu2 yang menjatuhkan bidang keguruan. Siapa yang merosakkan kerjaya ini.... tepuk dada tanya diri sendiri......

Kepada sesiapa yang merokok, berhentilah kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan. Jangan tunggu sehingga dinasihatkan oleh doktor, Encik..... paru2 encik dah rosak, paru2 encik dah tak kenyal lagi kerana terlalu banyak tar pada permukaanya. Kandungan oksigen dalam darah encik rendah, kalau kandungan oksigen rendah, nanti otak encik pulak yang akan rosak kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi. Saya nasihatkan encik berhenti merokok dari sekarang kalau tidak paru2 encik akan rosak sepenuhnya..... Pada masa itu janganlah menyesal kerana paru2 tiada "spare parts" kat kedai. Jangan jadi macam jiran aku yang "kaki rokok", kini paru2 dah jem, bernafas pun semput. Nak petik buah rambutan pakai galah pun dah tak larat, termengah2.... kesian aku tengok. Berhenti merokok pada masa itu dah tak guna dah.... yang rosak tetap rosak.

Wassalam

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP