TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Masih Mood Raya beb...

Mood untuk berblog masih belum ada....

Bahan ada tapi malas nak tulis...

Maklumlah penat balik kampung belum habis lagi...

Anyway, selamat kembali bertugas kepada warga cikgu...

Selamat menghadapi kerenah anak-anak didik yang pelbagai variasi...

Jangan mudah jemu, banyak bersabar kerana adanya mereka maka kita ada di tempat kita sekarang...

Tanpa murid siapalah kita?????

Read more...

Entri Terakhir

Ini entri terakhir sebelum Hari Raya......................

Suasana menyambut Hari Raya kian terasa.

Kepada yang ada kampung, selamat balik kampung.

Kepada yang tak ada kampung, selamat beraya di mana-mana sahaja.

Kepada yang memang tinggal di kampung, tunggulah orang lain balik ke kampung.

**********************************************************************************
Sempena hari yang mulia ini, Cikgu Malaysia ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada semua pengunjung blog ini dan juga seluruh muslimin muslimat di mana jua anda berada.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kalau ada yang terasa, terusik, terguris, terumpat dan apa-apa aje ter....

**********************************************************************************

Semoga selamat kembali dengan keadaan asal seperti sebelum balik ke kampung.

Jangan jadi cacat @ OKU kerana kemalangan, main mercun dll.

P/S: Pandu kereta perlahan-lahan, dah lah tak dapat bonus, nanti kena saman pulak. Nangis tak berlagu....Pandu berhemah, jangan ikut perasaan. Tidak akan lari ketupat dan rendang yang dikejar.

Read more...

19 Rahsia Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Read more...

Kejor Yop Kejor....

Pencarian Malam Lailatur Qadar telah bermula.

Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Carilah Lailatur Qadar itu di sepuluh malam terakhir Ramadhan

atau pun

Malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan...

1. Khamis(10/9/2009)
2. Sabtu(12/9/2009)
3. Isnin(14/9/2009)
4. Rabu(16/9/2009)
5. Jumaat(18/9/2009)

Semoga kita semua bertemu dengannya dan diberikan kesempatan oleh Allah untuk menikmati malam tersebut kerana kita belum tentu dapat menikmati bulan Ramadhan pada tahun depan.

Sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah, kita tidak boleh lewatkan sesaat kalau perkara itu dikehendaki oleh Allah.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kita kebaikan di dunia dan Akhirat. Amin

Wassalam.

Read more...

Semangat beleda

Pada awal-awal puasa dulu berduyun-duyun orang berterawih kat masjid atau surau.

Begitu bersemangat mengerjakan amalan sunat berkenaan.

Dah masuk malam ke lima belas Ramadhan, nampak semakin kurang dan terus berkurang.....

Kalau awalnya lima saf, sekarang dah tinggal tiga.

Yang masih tegar mengerjakan terawih kebanyakkannya yang tua-tua atau ayam pencen.

Ialah, dah masuk separuh puasa, badan pun mula rasa lenguh dan sengal-sengal, selera makan dah berkurangan, nak berdiri pun dah tak boleh lama-lama....

Kalau pergi ke Pasar Ramadhan tu, dah tak tahu nak beli apa dah, semua dah pekena...

Lagi pulak tu, kita diselitkan dengan semangat nak menyambut Raya, lagu raya dah mula kedengaran, kuih muih banyak yang perlu disiapkan....menyebabkan semangat Ramadhan semakin pudar......

TV pulak sibuk mempromosikan program-program sepanjang Hari Raya, menyebabkan kita leka dan terus leka dari mengejar "Mega Sale" atau "Offer" yang diberikan oleh Allah di malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini.

Tapi di waktu-waktu terakhir inilah, fadilat atau kelebihan sembahyang terawih semakin banyak. Disinilah ujian sebenar manusia di bulan Ramadhan....

Sebab itu lah Allah meletakkan malam Lailatul Qadar pada 10 malam akhir bulan Ramadhan kerana Allah nak beri kepada mereka-mereka yang benar-benar tabah dan beriman dalam mengikut perintah Allah ini.

Allah tidak akan berikan Lailatul Qadar ini kepada mereka-mereka yang bersemangat "beleda", yang "flip-flop" dalam mengerjakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini.


P/S:
Beleda = Agar-agar

Read more...

Topik Hangat...

Perkara-perkara yang hangat kedengaran di bilik guru menjelang Hari Raya...

1. Baju raya anak2 dah siap @ beli?

2. Berapa banyak tempah kuih raya?

3. Tahun ini berapa helai tempah baju raya?
- Perempuan sahaja lelaki tak terlibat.

4. Bila balik kampung & pukul berapa nak bertolak?
- tahun ini mesti sesak jalan raya sebab cuti serentak!

5. Raya tahun ini giliran rumah siapa?
- kalau raya belah suami, isteri masam muka tapi suami ceria.
- kalau raya belah isteri, si isteri kemas pakaian seminggu awal sebelum balik kampung kerana tersangatlah suka tapi suami tak berapa nak beraya.....

6. Dapat bonus ke sebelum raya?
- kalau dapat, boleh la hulur2 banyak sikit kat anak2 buah dan sedara mara.


P/S: Perempuan tak leh beraya sebab puasa tidak cukup sebulan.......

Bye

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP