TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Semangat beleda

Pada awal-awal puasa dulu berduyun-duyun orang berterawih kat masjid atau surau.

Begitu bersemangat mengerjakan amalan sunat berkenaan.

Dah masuk malam ke lima belas Ramadhan, nampak semakin kurang dan terus berkurang.....

Kalau awalnya lima saf, sekarang dah tinggal tiga.

Yang masih tegar mengerjakan terawih kebanyakkannya yang tua-tua atau ayam pencen.

Ialah, dah masuk separuh puasa, badan pun mula rasa lenguh dan sengal-sengal, selera makan dah berkurangan, nak berdiri pun dah tak boleh lama-lama....

Kalau pergi ke Pasar Ramadhan tu, dah tak tahu nak beli apa dah, semua dah pekena...

Lagi pulak tu, kita diselitkan dengan semangat nak menyambut Raya, lagu raya dah mula kedengaran, kuih muih banyak yang perlu disiapkan....menyebabkan semangat Ramadhan semakin pudar......

TV pulak sibuk mempromosikan program-program sepanjang Hari Raya, menyebabkan kita leka dan terus leka dari mengejar "Mega Sale" atau "Offer" yang diberikan oleh Allah di malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini.

Tapi di waktu-waktu terakhir inilah, fadilat atau kelebihan sembahyang terawih semakin banyak. Disinilah ujian sebenar manusia di bulan Ramadhan....

Sebab itu lah Allah meletakkan malam Lailatul Qadar pada 10 malam akhir bulan Ramadhan kerana Allah nak beri kepada mereka-mereka yang benar-benar tabah dan beriman dalam mengikut perintah Allah ini.

Allah tidak akan berikan Lailatul Qadar ini kepada mereka-mereka yang bersemangat "beleda", yang "flip-flop" dalam mengerjakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini.


P/S:
Beleda = Agar-agar

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP