TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

UPSR 2015....Kejayaan Hasil Pengorbanan. Tahniah adik-adik.....

Memang betul, UPSR bukan penentu segalanya. Tetapi janganlah direntap kegembiraan mereka yang berjaya dengan kata-kata 'motivasi' (kononnya) seolah-olah UPSR itu seolah-olah tak berharga langsung. Cukuplah sekadar 'memujuk' mereka yang kurang berjaya. Mungkin salah mereka sendiri sebab sibuk dengan perkara lain. Mungkin malas. Mungkin tahap IQ dan EQ rendah pada usia 12 tahun. Macam-macam kemungkinan. Kalau 'motivasi' itu kena pada budaknya, tidak mengapalah. Kena pada yang memang malas belajar, maka malaslah seumur hidupnya kerana 'motivasi' abang-abang, kakak-kakak, pakcik makcik datuk nenek yang senantiasa 'tak mengapalah, bla bla blabla bla...


Anak-anak ini telah sedaya upaya berusaha untuk memperoleh kecemerlangan pada tahap mereka. Apa yang kita kecapi hari ini diuji pada setiap tahap yang kita lalui. Tak usahlah mendabik dada sangat apabila kita dah lanjut usia. Setiap manusia lain rasa garamnya

BIARKAN MEREKA MERAIKAN KEJAYAAN MEREKA, YANG KEMUDIAN TU CERITA LAIN...


 


About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP