TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Rehatkan Minda

Kepada sesiapa yang hebat, sila kira berapakah bilangan titik hitam(black dots) yang ada pada gambar di bawah ini.

Read more...

Rehatkan Minda....

Read more...

Love Of GOD in Mathematics

Absolutely amazing!


Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21! 22 23 2 4 25 26.

If

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+ 5 = 96%

But

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F-G-O-D


12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there,

It's the Love of God that will put you over the top!

Read more...

Selamat Hari Guru....... Cikgu!

Sehari hari dua ini mana-mana sekolah sibuk dengan perancangan Majlis Sambutan Hari Guru.


Yang rancang, cikgu...

Yang sambut, cikgu...

Yang cari badjet(sumbangan), cikgu...

Yang beli hadiah, cikgu....

Yang suruh pelajar beli hadiah, cikgu...

Yang dapat hadiah pun, cikgu... tukar-tukar hadiah sesama cikgu pun ada...

Yang buat jamuan, cikgu... guna duit guru(KGKT)...


Sebenarnya cikgu menyambut hari guru untuk diri sendiri, bukan diraikan pada hari tersebut.


Kalau ada lagi tolonglah tambah.......

Read more...

Idea Kreatif....


Cikgu perlu kreatif supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang diajar.

Read more...

Different Terminology

School:
A place where Papa Pays and Son Plays.

Life Insurance:
A contract that keeps you poor all your life so that you can die Rich.

Nurse:
A person who wakes you up to give you sleeping pills.

Marriage:
It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman gains her masters.

Divorce:
Future tense of Marriage.

Tears:
The hydraulic force by which masculine willpower is defeated by feminine waterpower.

Compromise:
The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece.

Conference Room:
A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on.

Office:
A place where you can relax after your strenuous home life.

Yawn:
The only time some married men ever get to open their mouth.

Etc.! :
A sign to make others believe that you know more than you actually do.

Committee:
Individuals who can do nothing individually and sit to decide that nothing can be done together.

Diplomat:
A person who tells you to go to hell in such a way that you actually look forward to the trip.

Miser:
A person who lives poor so that he can die rich.

Boss:
Someone who is early when you are late and late when you are early.

Doctor:
A person who kills your ills by pills, and kills you by bills.

Read more...

Kenapa Kita Guna Bahasa Inggeris.......

Jika difikirkan kembali, ada logik dan asasnya kenapa kerajaan menekankan sangat penggunaan BI dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI) di sekolah.

Ini kerana seluruh dunia menggunakan BI sebagai bahasa maklumat dan bahasa teknologi.

Sangat tidak sesuai jika kita menggunakan BM untuk menterjemahkan ayat teknikal BI secara langsung. Lihat contoh di bawah....


Hardware = barang keras

Software = barang lembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Cuba terjemahkan ayat berikut:

ENGLISH:

"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."




Dalam BAHASA MELAYU:

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."


Sama-sama kita fikirkan......

Read more...

Mak Yang Disayangi...... Sempena Hari IBU

Mak,
Tidakkan ku temui bagaimana
Untukku nukilkan
Untukku gambarkan
Untukku persembahkan

Betapa agungnya pergorbanan mu
Sucinya keikhlasan mu
Murni dan tulusnya
Kasih sayang mu

Mak,
Ku tak punya harta
Untuk ku berikan kepada mu
Walau hakikatnya ku sedar
Bukan itu yang kau dambarkan

Aku juga takkan mampu
Membalas kembali
Akan agungnya pengorbanan mu
Suatu ketika dulu
Menatang diriku bagai minyak yang penuh
Melindungi diriku ketika lena dibuai mimpi
Meladeni kerenah ku yang pelbagai

Mak,
Aku juga sedar
Belum tentu siraman kasih ku
Kepada mu
Akan sama seperti sejuk sucinya
Siraman kasih mu kepada ku

Tapi... ketahuilah mak
Aku punyai azam yang tinggi
Tetap ku cuba
Membahagaikan mu dengan
Cara yang terbaik

Mak,
Ku kutip dedaun kesabaran
Milik mu
Buat pelindung diri ini
Kini...
Aku merasai perit itu
Meladeni kerenah
Empat zuriat
Ku sematkan semangat mu
Kekuatan dalam diri ku

Benar...
Bukan mudah menjadi ibu
Segala rasa perlu bijak diaduni
Untuk melahirkan umat agung
Ikutan nabi
Sejujurnya...
Syurga itu di telapak kaki ibu
Itulah hakikatnya

Mak,
Ketahuilah
Ku sayangi diri mu
Sayang yang bukannya
Dapat dibahagi dua
Yang tiada kata terindah
Dapat dilafazkan
Tiada lukisan tercantik
Dapat dikanvaskan

Ya Allah,
Izinkan, berikan kesempatan
Untukku membahagiakan dirinya.....

Read more...

Khas Buat Suami, Lelaki dan ....


BUKU Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karya Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga yang diterbitkan pada 1981 menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Sekiranya isteri melakukan semua itu, mereka berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah dan penulisnya menerusi buku itu menjelaskan, kewajipan isteri hanya taat kepada suami bagi memuaskan kehendaknya dan tinggal dalam rumah serta tidak boleh keluar tanpa izin.

Maklumat ini yang tertera dalam halaman 184 hingga 185, pasti mengejutkan pembaca yang kurang arif berhubung perkara terbabit atau tidak pernah mendengarnya sebelum ini, selain perkara sedemikian akan dilihat sebagai di luar kebiasaan atau dayus jika dilihat daripada kaca mata budaya Melayu.

Ini kerana menjadi adat resam dan budaya dalam masyarakat Melayu sejak berzaman, isteri akan bertanggungjawab menguruskan segala kerja rumah manakala tugas berat dibantu suami yang tugas utamanya mencari nafkah demi kelangsungan seisi keluarga.

Justeru, golongan suami dinasihatkan agar memahami keupayaan wanita dengan tidak membiarkan mereka tertekan kerana fizikal wanita terhad kepada sesetengah perkara saja berbanding lelaki serta perlu ringan tulang dalam pelaksanaan tugas rumah tangga.

Sebenarnya agama Islam mempertanggungjawabkan suami melaksanakan urusan rumah tangga. Pemikiran masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan budaya berbanding ajaran agama Islam menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas pandang perkara ini.

Ada sesetengah suami enggan membantu isteri kerana takut dituduh menurut telunjuk isteri. Suami perlu mengetepikan perasaan malu dan ego dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga. Mereka tidak sedar fungsi mereka dalam pembentukan keluarga sebenarnya lebih besar.

Kepada suami-suami yang jenis berat tulang, berat b*** dan yang sewaktu dengannya..... berubahlah demi kebahagiaan "ISTANA" yang anda bina bersama pasangan masing-masing. Pandanglah yang di depan mata sebelum melihat jasad yang jauh nun di seberang lautan.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia, selalu rasa tidak cukup dan puas dengan apa yang ada, mereka selalu berfikiran yang lain lebih baik seperti kata pepatah Inggeris "The grass is always greener on the other side".

Read more...

PPSMI....

Read more...

Artis dijulang, doktor dan GURU pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam

UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru

UMO

Read more...

Kita Sihat Jika Perut Sihat


Amalan pemakanan yang baik akan menjamin kehidupan yang sihat. Rujuk Piramid Makanan sebagai panduan bagi mendapat diet yang seimbang. Makanlah ikut keperluan bukan mengikut nafsu.



Jangan jadi begini..... Sudah berapa bulan???

Read more...

TIPS Mengelakkan Jangkitan Selesema Babi


1. Jangan berkongsi air minuman, makanan dengan sesiapa mereka yang telah dijangkiti.
2. Jauhi orang yang sedang mengalami batuk-batuk, bersin atau selesema untuk mengelakkan risiko jangkitan.
3. Elakkan berpelukan dan bercium dengan mereka yang telah dijangkiti.
4. Penggunaan topeng membantu mengurangkan risiko jangkitan.
5. Tidak digalakkan berkumpul beramai-ramai.
6. Jauhi diri daripada mereka yang mengalami selesema terutama yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas dengan wabak tersebut.
7. Basuh tangan dengan kerap boleh menghapuskan kuman. Lebihkan gosok di bahagian kuku tempat kuman berkumpul.
8. Banyakkan berehat. Libatkan diri dalam aktiviti senaman, jangan tertekan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.
9. Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami demam, berpeluh dengan banyak, loya, pening dan simpton selesema lain.

Read more...

'Sponge Bob' Telah Mati......

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP