Mak Yang Disayangi...... Sempena Hari IBU
Tidakkan ku temui bagaimana
Untukku nukilkan
Untukku gambarkan
Untukku persembahkan
Betapa agungnya pergorbanan mu
Sucinya keikhlasan mu
Murni dan tulusnya
Kasih sayang mu
Ku tak punya harta
Untuk ku berikan kepada mu
Walau hakikatnya ku sedar
Bukan itu yang kau dambarkan
Aku juga takkan mampu
Membalas kembali
Akan agungnya pengorbanan mu
Suatu ketika dulu
Menatang diriku bagai minyak yang penuh
Melindungi diriku ketika lena dibuai mimpi
Meladeni kerenah ku yang pelbagai
Aku juga sedar
Belum tentu siraman kasih ku
Kepada mu
Akan sama seperti sejuk sucinya
Siraman kasih mu kepada ku
Tapi... ketahuilah mak
Aku punyai azam yang tinggi
Tetap ku cuba
Membahagaikan mu dengan
Cara yang terbaik
Ku kutip dedaun kesabaran
Milik mu
Buat pelindung diri ini
Kini...
Aku merasai perit itu
Meladeni kerenah
Empat zuriat
Ku sematkan semangat mu
Kekuatan dalam diri ku
Benar...
Bukan mudah menjadi ibu
Segala rasa perlu bijak diaduni
Untuk melahirkan umat agung
Ikutan nabi
Sejujurnya...
Syurga itu di telapak kaki ibu
Itulah hakikatnya
Ketahuilah
Ku sayangi diri mu
Sayang yang bukannya
Dapat dibahagi dua
Yang tiada kata terindah
Dapat dilafazkan
Tiada lukisan tercantik
Dapat dikanvaskan
Ya Allah,
Izinkan, berikan kesempatan
Untukku membahagiakan dirinya.....