TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

MPV Perodua Baru??

Read more...

Cerita Sedih…

Setiap yang hidup pasti akan mati

Itulah hakikat yang akan ditempuhi oleh setiap manusia

Pada Ahad 26 Oktober 2009, bapa saudara yang sangat disayangi telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

Beliau pergi ketika masih dalam keadaan sihat walafiat tanpa sebarang tanda2 yang beliau akan kembali ke alam yang kekal abadi.

Menyebabkan kami semua sangat terasa akan kehilangan apatah lagi anak2 beliau.

Emak kami juga telah kehilangan ke semua adik beradiknya. Walau pun kami adik beradik seramai lapan orang, tapi semuanya merantau mencari rezeki. Selama ini beliaulah yang menjaga ibu bapa kami dikampung. Emak sungguh bersedih di atas kematian beliau.

Beliau merupakan bapa saudara yang sangat rapat dengan keluarga kami dan merupakan adik bongu kepada emak kami.

Sakit deman, kenduri kendara dan sebagainya, beliaulah orang pertama yang datang membantu.

Beliau pergi ketika tenaga dan khidmatnya masih diperlukan.

Beliau pergi ketika semua orang menyayangi dan menyenangi beliau.

Sehingga ke saat ini, kami belum percaya yang beliau sudah tidak ada di dunia ini.

Melihat jasadnya yang terbujur kaku, seolah-olah melihat seseorang yang sedang tidur dengan lena. Wajarnya segar dan tenang.

Kali terakhir kami bertemu beliau pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Itulah pertemuan yang terakhir sebelum kami melihat jasadnya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Begitu mudah beliau meninggalkan kami, tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang tanda, tiba2 beliau sudah tiada.

Beliau seorang wira sejati dalam mendidik dan mencari nafkah untuk anak2.

Beliau mati ketika anak2 masih lagi belum sempat menaburkan bakti kepadanya.

Beliau mati ketika berada di tempat beliau mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang masih belajar.
Hari Raya bagi kami sudah hilang serinya kerana rumah beliaulah tempat pertama kami adik beradik akan kunjungi.

Rumah kamilah juga tempat pertama beliau akan datang pada hari raya.

Begitulah eratnya hubungan kami.

Semua itu sudah tidak ada lagi.... sedih sungguh sedih...

Tapi apakan daya, itu semua sudah ketentuan Allah.

Biasalah, manusia yang banyak berjasa dan disenangi oleh semua orang akan di ambil oleh Allah lebih awal.

Kami semua cuba menerima hakikat tersebut tetapi dalam hati kecil kami, beliau masih hidup lagi. Susah untuk meninggalkan memori yang indah bersama beliau.

Terima kasih Pak Su, jasa mu akan kami kenang sampai bila2 walaupun diri mu sudah tiada di alam fana ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau dikalangan orang beriman serta para syuhadah.

Amin.

Read more...

Alternatif Kepada Minyak Hitam

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?


Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.


Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Read more...

Um.... UMAMI

Apakah Umami?

Apabila kita merasa makanan, kita akan mengalami sensasi rasa dengan menggunakan kelima-lima deria seperti bau, penglihatan dan sentuhan. Tetapi, sudah tentunya ‘rasa’ adalah faktor penentu. Elemen penting dalam penerimaan makanan adalah rasa “manis”, “masam”, “masin”, “pahit” dan “umami”, yang dikenali sebagai rasa asas. Rasa asas adalah rasa yang tersendiri yang tidak boleh direka walau pun digabungkan dengan rasa lain. Antara rasa asas, umami telah ditemui oleh Dr Kikunae Ikeda pada tahun 1908. Beliau telah memfokuskan kepada rasa kombu dashi (sup stok rumpai laut), dan mendedahkan bahawa komponen rasa tersebut adalah glutamat. Beliau menamakan rasa tersebut sebagai “umami”.

Dengan kata lain, rasa sedap makanan yang kita makan itu adalah rasa Umami.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Kali ini nak cerita fasal makan.

Food Court kat pasaraya Gaint Senawang merupakan tetap persinggahan tetap jika kami sekeluarga ke PD atau KL.

Pasti kami singgah.

Kami suami isteri suka sangat makan nasi ayam kerana rasanya yang enak dan ayamnya yang juicy. Susah nak cari nasi ayam yang sedap macam tu.

Masa kami belajar dan kerja di Penang, nasi ayam kegemaran kami ialah di kedai Nasir Nasi Ayam yang terletak betul-betul dalam bangunan Komtar.

Masa cuti setengah tahun lalu, kami ke Penang bercuti bersama keluarga. Pergi cari kedai nasi ayam itu tapi sayangnya dah tak ada kat situ, mugkin pindah tempat lain kot. Alamak rindu betul dengan keenakkannya... kaw-kaw.

Balik kepada Food Court di Giant Senawang.....

Anak-anak kami suka makan mee hot plate, rasanya boleh tahan jugaklah...

Anda kena makan sekurang-kurangnya dua kali, baru anda boleh merasai kenikmatannya yang sebenarnya....

Bagi minuman, air cendolnya menang sedap. Habis dihirupnya sampai ketitisan yang terakhir.

Walau apa pun, makanan kat Penang tidak boleh lawan makanan di tempat-tempat lain.

Dengan nasi kandarnya yang "pure", pasembur padang kota(bukan kot*) yang pelbagai, ikan bakar teluk tempoyak//gurney drive dan bermacam-macam lagi yang tidak ada di tempat kami tinggal sekarang. Kalau ada pun rasanya....tidak sama.

Oleh kerana itu, percutian ke Penang merupakan agenda tetap kami sekeluarga setiap tahun.

Manakan tidak, kami bermastautin selama 12 tahun di sana, sebelum kami pindah ke sini. Suami kepada bekas pengasuh anak kami pun dah meninggal...yang mengasuh anak kami macam anak sendiri.

Bermacam-macam kenangan indah dan nilai-nilai sentimental yang kami tinggalkan....

Wow rindunya, kalau umur panjang kami pasti ke sana lagi.

Read more...

Belajar `Tidak Tahu`

Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Semoga faham.

Read more...

Guru Saman Pengetua Yang DiDakwa Menjejaskan Reputasinya

KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Berita Penuh di http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/10/terkini-guru-saman-pengetua-yang.html

Read more...

Allah Maha Kuasa

Raya tahun ini cukup bermakna bagi aku.

Kawan aku yang terpisah sejak 20 tahun lalu tiba-tiba muncul di halaman rumah orang tua aku di kampung.

Ketika beliau sampai, aku berada di dalam rumah sedang berehat-rehat.

Anak saudara aku maklumkan ada orang ingin bertemu aku.

Lalu aku menjenguk melalui pintu hadapan rumah, eh... siapa pulak yang cari aku, salah rumah kot. Ini bukan kawan aku..... kata aku dalam hati.

Selepas itu, dia memberi salam sambil tersenyum. Ya Allah, ini kawan aku terpisah sejak 20 tahun yang lalu.

Walau pun fizikalnya dah berubah.... berisi, tetapi senyuman dan bentuk giginya masih tetap sama seperti dahulu.

Maka bersalamanlah kami dengan seerat-eratnya.

Maka segala memori lama semasa kami sama2 belajar dahulu datang kembali.....

Beliau merupakan salah seorang kawan rapat aku semasa di tingkatan 4 dan 5 pada tahun 1987 -1988.

Kami sama-sama belajar di satu kelas aliran sains.

Beliau merupakan pelajar yang agak genius di kalangan kami, hubungan kami sangat rapat pada ketika itu. Kami selalu belajar bersama-sama dan beliau sangat terror dalam subjek Add maths.

Aku juga selalu bertandang ke rumah ibu bapa beliau walau pun jarak antara rumah kami agak jauh(kampung berlainan), menyebabkan hubungan aku dengan anak Pak Hussin ini sungguh istimewa.

Bila keputusan SPM diumumkan, nasib kami baik kerana mendapat keputusan yang agak cemerlang ketika itu.

Aku di terima masuk ke Pusat Matrikulasi USM dan beliau ke Matrikulasi UKM.

Disinilah segalanya bermula yang menyebabkan hubungan kami terputus.

Semasa belajar di UKM itu beliau terpengaruh dengan satu gerakan dakwah.

Beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bertekad untuk mendalami ilmu agama di luar negara.

Keputusan yang di ambil beliau telah membuatkan ibunya menangis dan bersedih kerana tidak membenarkan beliau ke sana. Tapi beliau tetap dengan keputusannya.

Dalam satu surat terakhir yang diutuskan kepada aku sebelum beliau ke sana, beliau menyatakan yang beliau tidak akan kembali ke Malaysia selagi tidak memperolehi apa yang dihajati.

Setelah lebih 10 tahun berada di perantauan, belajar ilmu agama dan setelah memperolehi apa yang dihajati beliau kembali semula ke tanah air.

Beliau kini merupakan pakar Hadis dan dapat menguasai tiga bahasa iaitu Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Dengan ilmu yang ada, beliau memulakan aktiviti dakwah dengan mengajar di surau dan madrasah di sekitar KL.

Selepas itu beliau berkahwin dengan wanita dari Pulau Pinang dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata.

Salah seorang anak perempuan beliau telah Hafiz Quran semasa berumur 9 tahun.

Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur dan sekarang ini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Beliau bukan tidak mahu terlibat lebih awal dengan dunia perniagaan tetapi bimbang takut tidak dapat memberikan fokus kepada pendidikan anak-anak.

Kini anak2 dah besar, maka ada sedikit ruang untuk beliau terlibat dalam dunia perniagaan.

Ibunya yang bersedih dengan keputusan yang di ambil dahulu tertentu berbangga dengan beliau sekarang.

Itulah yang dinamakan takdir.

Perancangan manusia tidak sama dengan perancangan Allah.

Beliau kembali ke kampung pada hari Raya kerana ada reunion keluarga sebelah bapanya.

Ibu bapa beliau telah berpindah ke tempat lain bagi mengusahakan kebun buah-buahan.

Rumah dan tanah tempat dia tinggal dahulu pun telah dijual.

Kira-kiranya beliau akan menetap di KL.

Semoga hubungan kami kembali bertaut walau pun dalam jurusan yang berbeza.

Read more...

Periksa PMR

Minggu depan pelajar2 tingkatan 3 akan menduduki PMR.

Pada minggu ini banyak sekolah sedikit sibuk dengan majlis solat hajat dan majlis restu.

Kelas tambahan juga diadakan sebagai sentuhan terakhir sebelum pelajar memasuki dewan peperiksaan.

Tiada yang lebih gembira bagi seorang cikgu selain melihat kejayaan anak didiknya.

Berjaya dalam akademik dan juga berjaya menjadi "manusia".

All the best kepada semua pelajar yang akan menduduki PMR dan sebagai guru restulah apa yang telah diberikan kepada pelajar.

Sama2lah kita mendoakan yang terbaik kepada mereka2 ini.

Tidak semua yang jahat itu tidak akan menjadi baik dan tidak semua yang baik itu tidak akan menjadi jahat.

Hidayah itu hak Allah, tugas kita hanyalah berikan yang terbaik kepada mereka dan menunaikan hak2 mereka yang diamanahkan kepada kita.

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP