TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Allah Maha Kuasa

Raya tahun ini cukup bermakna bagi aku.

Kawan aku yang terpisah sejak 20 tahun lalu tiba-tiba muncul di halaman rumah orang tua aku di kampung.

Ketika beliau sampai, aku berada di dalam rumah sedang berehat-rehat.

Anak saudara aku maklumkan ada orang ingin bertemu aku.

Lalu aku menjenguk melalui pintu hadapan rumah, eh... siapa pulak yang cari aku, salah rumah kot. Ini bukan kawan aku..... kata aku dalam hati.

Selepas itu, dia memberi salam sambil tersenyum. Ya Allah, ini kawan aku terpisah sejak 20 tahun yang lalu.

Walau pun fizikalnya dah berubah.... berisi, tetapi senyuman dan bentuk giginya masih tetap sama seperti dahulu.

Maka bersalamanlah kami dengan seerat-eratnya.

Maka segala memori lama semasa kami sama2 belajar dahulu datang kembali.....

Beliau merupakan salah seorang kawan rapat aku semasa di tingkatan 4 dan 5 pada tahun 1987 -1988.

Kami sama-sama belajar di satu kelas aliran sains.

Beliau merupakan pelajar yang agak genius di kalangan kami, hubungan kami sangat rapat pada ketika itu. Kami selalu belajar bersama-sama dan beliau sangat terror dalam subjek Add maths.

Aku juga selalu bertandang ke rumah ibu bapa beliau walau pun jarak antara rumah kami agak jauh(kampung berlainan), menyebabkan hubungan aku dengan anak Pak Hussin ini sungguh istimewa.

Bila keputusan SPM diumumkan, nasib kami baik kerana mendapat keputusan yang agak cemerlang ketika itu.

Aku di terima masuk ke Pusat Matrikulasi USM dan beliau ke Matrikulasi UKM.

Disinilah segalanya bermula yang menyebabkan hubungan kami terputus.

Semasa belajar di UKM itu beliau terpengaruh dengan satu gerakan dakwah.

Beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bertekad untuk mendalami ilmu agama di luar negara.

Keputusan yang di ambil beliau telah membuatkan ibunya menangis dan bersedih kerana tidak membenarkan beliau ke sana. Tapi beliau tetap dengan keputusannya.

Dalam satu surat terakhir yang diutuskan kepada aku sebelum beliau ke sana, beliau menyatakan yang beliau tidak akan kembali ke Malaysia selagi tidak memperolehi apa yang dihajati.

Setelah lebih 10 tahun berada di perantauan, belajar ilmu agama dan setelah memperolehi apa yang dihajati beliau kembali semula ke tanah air.

Beliau kini merupakan pakar Hadis dan dapat menguasai tiga bahasa iaitu Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Dengan ilmu yang ada, beliau memulakan aktiviti dakwah dengan mengajar di surau dan madrasah di sekitar KL.

Selepas itu beliau berkahwin dengan wanita dari Pulau Pinang dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata.

Salah seorang anak perempuan beliau telah Hafiz Quran semasa berumur 9 tahun.

Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur dan sekarang ini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Beliau bukan tidak mahu terlibat lebih awal dengan dunia perniagaan tetapi bimbang takut tidak dapat memberikan fokus kepada pendidikan anak-anak.

Kini anak2 dah besar, maka ada sedikit ruang untuk beliau terlibat dalam dunia perniagaan.

Ibunya yang bersedih dengan keputusan yang di ambil dahulu tertentu berbangga dengan beliau sekarang.

Itulah yang dinamakan takdir.

Perancangan manusia tidak sama dengan perancangan Allah.

Beliau kembali ke kampung pada hari Raya kerana ada reunion keluarga sebelah bapanya.

Ibu bapa beliau telah berpindah ke tempat lain bagi mengusahakan kebun buah-buahan.

Rumah dan tanah tempat dia tinggal dahulu pun telah dijual.

Kira-kiranya beliau akan menetap di KL.

Semoga hubungan kami kembali bertaut walau pun dalam jurusan yang berbeza.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP