TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Cerita Sedih…

Setiap yang hidup pasti akan mati

Itulah hakikat yang akan ditempuhi oleh setiap manusia

Pada Ahad 26 Oktober 2009, bapa saudara yang sangat disayangi telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

Beliau pergi ketika masih dalam keadaan sihat walafiat tanpa sebarang tanda2 yang beliau akan kembali ke alam yang kekal abadi.

Menyebabkan kami semua sangat terasa akan kehilangan apatah lagi anak2 beliau.

Emak kami juga telah kehilangan ke semua adik beradiknya. Walau pun kami adik beradik seramai lapan orang, tapi semuanya merantau mencari rezeki. Selama ini beliaulah yang menjaga ibu bapa kami dikampung. Emak sungguh bersedih di atas kematian beliau.

Beliau merupakan bapa saudara yang sangat rapat dengan keluarga kami dan merupakan adik bongu kepada emak kami.

Sakit deman, kenduri kendara dan sebagainya, beliaulah orang pertama yang datang membantu.

Beliau pergi ketika tenaga dan khidmatnya masih diperlukan.

Beliau pergi ketika semua orang menyayangi dan menyenangi beliau.

Sehingga ke saat ini, kami belum percaya yang beliau sudah tidak ada di dunia ini.

Melihat jasadnya yang terbujur kaku, seolah-olah melihat seseorang yang sedang tidur dengan lena. Wajarnya segar dan tenang.

Kali terakhir kami bertemu beliau pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Itulah pertemuan yang terakhir sebelum kami melihat jasadnya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Begitu mudah beliau meninggalkan kami, tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang tanda, tiba2 beliau sudah tiada.

Beliau seorang wira sejati dalam mendidik dan mencari nafkah untuk anak2.

Beliau mati ketika anak2 masih lagi belum sempat menaburkan bakti kepadanya.

Beliau mati ketika berada di tempat beliau mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang masih belajar.
Hari Raya bagi kami sudah hilang serinya kerana rumah beliaulah tempat pertama kami adik beradik akan kunjungi.

Rumah kamilah juga tempat pertama beliau akan datang pada hari raya.

Begitulah eratnya hubungan kami.

Semua itu sudah tidak ada lagi.... sedih sungguh sedih...

Tapi apakan daya, itu semua sudah ketentuan Allah.

Biasalah, manusia yang banyak berjasa dan disenangi oleh semua orang akan di ambil oleh Allah lebih awal.

Kami semua cuba menerima hakikat tersebut tetapi dalam hati kecil kami, beliau masih hidup lagi. Susah untuk meninggalkan memori yang indah bersama beliau.

Terima kasih Pak Su, jasa mu akan kami kenang sampai bila2 walaupun diri mu sudah tiada di alam fana ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau dikalangan orang beriman serta para syuhadah.

Amin.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP