SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Sekolah Zon Larangan Merokok

Merokok merupakan satu tabiat yang tidak berfaedah yang banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Bahkan sesetengah ulama mengkatogerikan merokok itu haram disisi Islam.

Kalau tanya semua doktor dalam dunia ini pun, aku pasti tidak ada yang kata merokok itu baik untuk kesihatan.

Aku tidak kisah kepada siapa2 yang nak merokok, silakan....tetapi yang aku kesalkan ada dikalangan guru yang merokok di dalam kawasan sekolah. Dah lah kawasan sekolah, dalam kantin lagi. Dalam tandas tak usah ceritalah, jadi pot tetap sehinggakan nazir yang datang ke sekolah pun tegur kerana tandas guru kelam berbau asap rokok.

Hormatilah sikit rakan2 sekerja yang tidak merokok, tambah2 lagi kepada guru perempuan. Ini di dalam kantin, tempat orang makan lagi dengan selamba hisap rokok. Tak beradab langsung.....

Nak tegur, susah.... sebab yang buat orang tua. Cerdik2 belaka ada ijazah lagi. Semakin tua seseorang semakin susah untuk ditegur. Kalau pelajar senang cerita. Aku percaya majoriti guru tak suka mereka ini hisap rokok dalam kantin atau mana2 kawasan hak bersama, tetapi buat diam aje....maklumlah sapa berani tegur kerana mereka ini orang2 yang hebat2 belaka.....Silap tegur kita yang kena.....

Bagi yang tak merokok, mereka "allergic' dengan bau asap rokok. Bau asap rokok ini akan melekat pada pakaian dan baunya susah hilang. Bahkan kalau tak dibasuh, bau nya tidak akan hilang.

Mengikut kajian, "pasif smoker" adalah lebih berisiko terdedah kepada bahaya yang terdapat dalam asap rokok berbanding dengan penghisap rokok itu sendiri.

Kita sebagai guru kena tunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar. Kalau kita sendiri hisap rokok di kawasan larangan, maka kita tidak layak untuk marah kepada mereka jika didapati ada pelajar merokok di kawasan sekolah.

Pelajar sekarang bukan macam masa kita dahulu yang boleh mengikut arahan guru tanpa banyak soal. Pelajar sekarang akan mempersoalkan apa yang kita buat. Kalau guru boleh kenapa aku tidak boleh buat? Pelajar tahu mana2 guru yang merokok kerana bau asap rokok akan melekat pada pakaian dan apabila masuk ke kelas, bau itu dapat dihidu oleh pelajar.

Kalau kita tangkap pelajar kerana hisap rokok di sekolah dan hukum mereka. Ibubapa mereka juga boleh mempersoalkan tindakan sekolah kerana guru juga merokok juga di kawasan larangan dan mengapa tindakan tidak di ambil ke atas guru. Istilah "aku guru kau pelajar" sudah tidak boleh digunakan sekarang kerana zaman sudah berubah maka mentaliti kita juga perlu berubah. Kita bernasib baik kerana mengajar di luar bandar, kalau dibandar dah lama pelajar lapor kepada ibubapa mereka, silap2 hari bulan nama kita sampai JPN atau paling tidak PPD. Bukan sahaja nama sendiri yang busuk, kerjaya guru juga akan terpalit sama kerana tindakan segelintir guru yang tidak beretika ini.

Guru merupakan profession yang suci, kita kena bersih dari segenap aspek kerana tugas kita adalah untuk mendidik pelajar menjadi baik. Kalau kita sendiri tidak boleh menunjukkan contoh yang baik, macam manalah kita hendak mendidik mereka supaya jadi baik. Betul kata pepatah, kalau "Kalau guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari" dan "kalau guru hisap rokok, murid hisap dadah"!!!!

Janganlah kita menjadi "gunting dalam lipatan" yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada kerjaya sebagai guru. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memertabatkan profession perguruan. Masyarakat diluar sana hanya tunggu masa untuk bertepuk tangan jika ada isu2 yang menjatuhkan bidang keguruan. Siapa yang merosakkan kerjaya ini.... tepuk dada tanya diri sendiri......

Kepada sesiapa yang merokok, berhentilah kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan. Jangan tunggu sehingga dinasihatkan oleh doktor, Encik..... paru2 encik dah rosak, paru2 encik dah tak kenyal lagi kerana terlalu banyak tar pada permukaanya. Kandungan oksigen dalam darah encik rendah, kalau kandungan oksigen rendah, nanti otak encik pulak yang akan rosak kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi. Saya nasihatkan encik berhenti merokok dari sekarang kalau tidak paru2 encik akan rosak sepenuhnya..... Pada masa itu janganlah menyesal kerana paru2 tiada "spare parts" kat kedai. Jangan jadi macam jiran aku yang "kaki rokok", kini paru2 dah jem, bernafas pun semput. Nak petik buah rambutan pakai galah pun dah tak larat, termengah2.... kesian aku tengok. Berhenti merokok pada masa itu dah tak guna dah.... yang rosak tetap rosak.

Wassalam

Read more...

Jawatan Kosong.....

Nama Jawatan:
Guru Relief Gred DG41/44

Gaji:
Ikut gaji masing-masing.

Elaun:
Kutukan dan makian bertimbun2 daripada guru yangt selalu dapat relief

Taraf Jawatan:
Tetap dan berpencen awal(sebab sakit jiwa, mental tertekan beb...)

Kelayakan:
Guru yang telah disahkan atau belum dalam jawatan yang tahan kena maki, sindiran dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya.

Keistimewaan:
Guru relief tidak akan dapat relief.

Keperluan asas:
1. Kena bangun awal sebelum subuh(korban masa tidur woi...) untuk sediakan relief terutama bila musim peperiksaan(Jika komputer tidak boleh digunakan)
2. Datang awal ke sekolah sebelum guru lain sampai.
3. Korbankan masa free atau masa kelas sendiri untuk sediakan relief untuk cikgu lain(Tu pun masih tak kenang budi, memang “melayu mudah lupa – bukan I yang kata Dr Mahathir yang kata”.
4. Bertugas di luar waktu persekolahan
5. Menjadi operator telefon, kerana melayan panggilan cikgu yang minta buat relief. ”Hello, cikgu ......... ke tu?(lembut aje bunyi nye), saya............, Esok saya tak dapat datang ke sekolah la kerana kucing saya bersalin......Tolong buat relief untuk saya ye.....bye”
6. Tahan melayan kerenah guru2 kerana ada guru perangainya lebih teruk dari pelajar.

Spesifikasi Tugas:
1. Perlu menyediakan relief untuk guru2 yang selalu MC(kalau dah selalu sakit tu pencen kerja awal la, menyusahkan cikgu untuk relief dan buat relief aje) atau yang buat2 MC(Semoga mendapat balasan setimpal di dunia dan akhirat), guru yang selalu CRK(7 hari setahun tak cukup, kalau guru yang cuti nie bayar RM10 kepada guru yang kena relief ok la gak.. boleh la digunakan untuk menge”tea’ kat kantin), guru yang berkursus dan yang gatal2 memohon nak berkursus kerana tak suka duduk kat sekolah, taklimat, seminar, lawatan(cikgu pergi lawatan seronok, guru yang dapat relief mengamuk dan guru buat relief rasa macam nak beranak), guru2 yang mengawas peperiksaan(Dia orang dapat gaji + elaun, guru lain dapat relief + penat dan guru relief dapat maki) dan berbagai2 relief lagi la. Dah kerja nanti baru tau la...
2. Perlu menyediakan relief dua kali setiap minggu sepanjang tahun persekolahan.(Boleh masukkan dalam SKT beb... untuk isi borang prestasi).

Bonus Hujung Tahun:
1. Makin ramai musuh
2. Makin ramai yang meluat kerana tuduh kita gila nak sediakan relief dan suka2 bagi cikgu dapat relief.
3. Tekanan darah meningkat(Kalau pi check kat klinik swasta kena keluar duit lagi, bukan bonus tu....)
4. Muka cepat nampak tua kerana banyak memendam perasaan.

Tarikh Tutup Permohonan:
Dibuka sepanjang tahun.

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web berikut: http://www.gurureliefsaja2nakbuatrelief.com/permohonangururelief

Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti yang tertera pada borang permohonan.

Read more...

Gerhana pukau penduduk Asia


Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.

Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

Read more...

Adakah WiFi Bahaya Kepada Kesihatan?

WiFi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity, yang bermakna rangkaian kawasan setempat tanpa wayar.

Disebabkan WiFi disokong oleh kebanyakkan pengilang, maka kelengkapan pekakasannya juga mudah diperolehi, dan kebanyakan masalah keserasian juga dapat diatasi.

WiFi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sekarang. Dalam dunia yang sentiasa memerlukan pergerakan pantas, maka WiFi menjadi alat yang memudahkan komunikasi.

Namun yang menjadi persoalan sekarang "Adakah WiFi ini selamat digunakan?".

Ini kerana ia menggunakan signal atau gelombang tertentu bagi tujuan komunikasi. Semakin tinggi frekuensi gelombang yang digunakan semakin tinggi kesannya kepada kesihatan manusia.


Jawapannya:

Kadar kuasa pancaran isyarat atau gelombang radio rangkaian tanpa wayar @WiFi hanya 2.5 mW, dan kuasa AP(Access Point) yang banyak terdapat di sekolah hanyalah sekitar 22 mW. Biasanya kuasa WiFi adalah kurang dari 100 mW. Kadar ini jauh lebih kecil daripada kadar kuasa telefon bimbit yang menggunakan kuasa sebanyak 700 hingga 1000 mW, maka para pengguna gelombang radio rangkaian tanpa wayar @WiFi tidak perlu bimbang kerana ia selamat untuk digunakan dan tidak memberikan kesan terhadap kesihatan mereka.

Bye.

Read more...

Sikap-Sikap Kurang Sivik Rakyat Malaysia

1. Masuk simpang tanpa memberikan signal(lampu isyarat).
2. Membuang sampah dari kereta ketika memandu.
3. Merokok di tempat awan terutama kedai makan.
4. Meludah merata-rata.
5. Memotong barisan.
6. Menggunakan handphone semasa memandu.
7. Merokok ketika membuang air besar.
8. Suka mengumpat dan cakap belakang.
9. Bersembang masa mesyuarat.
10. Parking kereta menghadang kereta org lain.
11. Mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain terlebih dahulu = cakap pakai lepas...gurau kasar..


Kalau ada lagi, tolong tambah.....

Read more...

PPSMI: Kerajaan hormati pandangan ramai tapi keputusan muktamad

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menghormati segala pandangan termasuk pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), namun keputusan yang diumumkan Rabu lalu adalah muktamad.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemansuhan PPSMI yang berkuat kuasa 2012 dibuat berdasarkan kajian mendalam termasuk menjalankan kaedah pensampelan di seluruh negara.

"Bahan-bahan yang kita terima membuktikan perubahan dasar perlu dibuat.

"Apa pun, kalau ada pihak yang memberi pandangan berbeza, kita hormati.

"Bagaimanapun keputusan yang dibuat (pemansuhan PPSMI) adalah muktamad," kata beliau selepas melancarkan program 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tinjauan yang dijalankan melalui blog Dr. Mahathir yang menunjukkan 80 peratus daripada 26,000 pengunjung blog yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu membantah pemansuhan PPSMI.

PERJELAS

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan memperjelaskan dengan lebih terperinci komponen-komponen baru untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris termasuk pengambilan guru-guru terlatih, pengukuhan tatabahasa, kesusasteraan bahasa Inggeris dan penambahan waktu mempelajari bahasa tersebut yang hampir mencapai hampir 100 peratus di peringkat sekolah rendah.

"Kita lakukan secara perlahan-lahan, jangan mengejut supaya kanak-kanak dalam kohort yang menghadapi zaman transisi ini diberi ruang supaya dia boleh selesaikan, kemudian baru kita masuk yang baru," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, dalam usaha melaksanakan dasar baru mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, tumpuan akan turut diberikan kepada penterjemahan perbendaharaan kata merangkumi bidang sains, teknologi dan matematik.

Beliau berkata, kos yang besar diperlukan untuk melaksanakan dasar itu dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara akan turut diperkasa.

"Kabinet ada putuskan supaya perkara ini diberi tumpuan dan proses terjemahan dipercepatkan serta pengurusan yang ada hubung kait dengan sains dan teknologi dipertingkat.

"Mungkin juga buku-buku yang akan digunakan sebagai bahan rujukan akan diterjemahkan.

"Itu langkah-langkah susulan pelaksanaan dasar baru ini," katanya.

1MALAYSIA

Sementara itu, Muhyiddin berkata, konsep 1Malaysia di peringkat sekolah akan dilaksanakan melalui kegiatan kokurikulum.

"Pastinya kita mahu supaya anak-anak di sekolah memahami dan menghayati betapa pentingnya perpaduan antara kaum dan budaya di negara ini.

"Usaha ini dibuat untuk mendokong pimpinan kerajaan supaya menerusi sistem pelajaran Malaysia, konsep perpaduan negara akan diberikan penekanan yang lebih, maka program yang dianjurkan lebih kepada bentuk kokurikulum," katanya.

Read more...

Kesudahan PPSMI....

Semalam dan hari ini aku terima sms berkaitan pemansuhan PPSMI.

Salah satu daripadanya berbunyi "Merdeka! PPSMI dah berkubur bersama Micheal Jackson..."

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP