TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Alahai Sedihnya....

Setiap kali menjelang hujung tahun isu pertukaran timbul kembali...

Kepada yang memohon bertukar, maka harapan mereka adalah menggunung setinggi Gunung Everest semoga diluluskan.

Tetapi apakan daya, kita hanya mampu memohon dan yang meluluskan bukan kita.

Mereka yang diluluskan, dah mula berkira-kira nak tempah lori....seronok bukan main.

Mereka yang tidak berjaya, muncung semacam aje....aku faham tu. Setahun lagilah berjauhan dengan suami/isteri dan anak2.

Walau apa pun, aku tumpang sedih jugak kepada mereka yang dah bertahun-tahun tinggal berjauhan dengan suami/isteri.

Ada tu dah lebih tiga tahun...tidak tinggal dengan suami/isteri. Seorang di utara seorang di selatan.

Sedar-sedar anak dah besar. Maklumlah nak balik seminggu sekali pun susah, jarak perjalanan pun bukan dekat...6 - 7 jam baru sampai. Lagi perit cuti hujung minggu tidak sama....

Kalau ada anak kecil, lagi lah tertekan jiwa dan raga.

Aku juga pernah mengalami situasi yang sama, walau pun tak lama. Seksa beb...seksa...

Emosi juga memainkan peranan dalam pendidikan kerana tanpa emosi yang stabil, bagaimanakah kita akan menjadi pendidik yang baik!!!

Aku mengharapkan dan mendoakan mereka yang berada dalam situasi ini diluluskan permohonan pertukaran mereka agar mereka boleh berbakti kepada suami/isteri dan anak2. Semoga anda semua tabah dengan dugaan ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi aku naik menyampah kepada mereka2 yang anak, suami/isteri dan sekolah depan mata, mengajar tidak sampai pun lima tahun yang memohon bertukar....

Memohon tukar tu tak salah, yang salahnya jika tidak diluluskan maka mulalah menyalahkan orang itu orang ini....

Pengetua tak sokonglah....PPD tak hantar namalah(walaupun mohon secara ONLINE)..... JPN yang tak lulus.....semua orang tidak kena pada matanya....

Biasalah nak bertukar ke Kelantan, Terengganu dan Kedah bukan senang sekarang. Tambah2 dengan kegawatan ekonomi sekarang....kerajaan perlu berjimat cermat.

Tidak akan lagi gunung yang di kejar.... Kelantan tetap Kelantan....boleh balik bila2 masa.

Sabarlah sikit....belajarlah jadi manusia yang bersyukur.

Bersyukur kerana kita sentiasa ada didepan anak2, suami/isteri.

Bersyukurlah kerana kita tidak seperti saudara2 kita yang terpaksa tinggalkan anak, isteri bertugas sebagai pasukan pengaman di Labenon, Samolia dll.

Bye.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP