TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Komen dan Dikomen...

Jadilah penulis blog yang beretika...

Kalau kita dah bersedia untuk menjadi seorang blogger, maka kita perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan...

Ada sesetengah blogger yang suka membuat komen tentang itu dan ini.....silakan

Ada yang suka kutuk mengutuk....silakan

Ada yang suka cerita pasal keluarga sendiri....silakan

Kalau kita dah jadi blogger dan suka tulis tentang itu dan ini..... maka kita harus juga bersedia untuk dikomen dan dikritik.

Ada sesetengah blogger yang suka melangit kalau komen2 yang diberikan bagus2, cantik2, berbentuk pujian tetapi angin satu badan jika komen itu tidak menepati citarasanya...

Macam cacing kepanasan...

Maka mulalah beri alasan, ini blog aku, ini rumah aku, suka hatilah aku nak tulis apa....

Kalau tidak mahu pembaca beri komen, maka buang sahaja link yang membolehkan pembaca mengomen setiap post. Habis cerita....hati pun tak sakit.

Kalau nak selamat lagi, jangan jadikan blog kita tu public, hanya jemput orang-orang yang sebulu dengan kita aje baca blog tu....maka tidak akan ada komen yang menyakitkan.

Kita tidak bagi orang masuk dan buat onar dalam rumah kita tetapi pintu rumah kita dibuka 24 jam....mana boleh....

Jangankan manusia, semua makhluk akan masuk kalau dah pintu rumah terngaga sepanjang masa....

Kalau kita buat blog untuk diri sendiri....jangan publish kepada umum.

Suruh sedara mara kita aje yang baca....lagi bagus kan?

Kita kena ingat, bukan semua orang sependapat dengan kita.

Apa salahnya kita jadikan komen itu sebagai petanda bahawa ada pembaca yang perihatin dengan apa yang kita utarakan.

Kalau kita rasa apa yang kita tulis tu bagus, baik....maka kita tetapkan pendirian kita. Tidak perlulah kita membalas setiap komen yang diberikan walaupun ia tidak menyebelahi kita.

Semoga tidak ada pembaca yang angin satu badan dengan apa yang saya tuliskan ini.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP