TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Wow.....Ramainya....

Siapa yang tidak pernah dengar fasal FACEBOOK(FB) sekarang ini....

FB merupakan laman rangkaian sosial yang mempunyai paling ramai ahli di seluruh dunia iaitu sekitar 300 juta orang.

Jauh meninggalkan laman sosial lain seperti MYSPACE dan FRIENDSTER dari segi keahliannya.

Di Malaysia sahaja, kira-kira 3.5 juta yang telah mendaftar sebagai ahli. Bilangannya semakin bertambah setiap hari...

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggunakan laman FB untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan personaliti paling popular di Facebook selepas raja pop, Michael Jackson.

Ini bermakna siapa2 yang belum ada akaun dengan FB, maka mereka ini boleh dianggap sudah berada satu langkah ke belakang....tidak mengikut arus perdana.

Satu yang istimewa dengan FB ini ialah ia sangat mesra pengguna.

Dengan pelbagai 'applications' yang ada, menjadikan laman ini cukup interaktif.

FB akan menjadi platform untuk komunikasi alaf baru.

FB membolehkan apa sahaja dikongsikan dengan cepat dan pantas sesama ahli.

So tunggu apa lagi, kepada yang masih belum jadi ahli.....daftarkan segera.

Kemudian bolehlah join group Cikgu Malaysia.

Bye.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP