TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Hoorey....hoorey....

Hoorey....cuti sekolah dah bermula....

Bukan apa....dah penat cikgu kat sekolah...

Bukan penat mengajar....tapi penat buat kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah habis-babis.....dulu kini dan selamanya...

Dari awal tahun hinggalah hujung tahun...ada aje..

Tapi bukan semua cikgu cuti sebenarnya...

Ada yang kena jaga periksa SPM....

Ada yang sengaja mintak nak jaga periksa SPM....malas nak balik kampung la tu...tambah2 lagi balik rumah mertua....

Ada cikgu tu semua jenis periksa dia jadi pengawas ....PMR, SPM. Nasib baik UPSR dan peperiksaan dalaman di sekolah dia tak tawarkan diri.....

Selepas nie ada pulak yang kena marking paper....

Ada yang periksa kertas nak tambah ilmu....

Ada yang periksa kertas nak glamer lebih...pemeriksa kertas la konon...tapi result subjek yang diajar tak naik-naik pun...

Ada yang periksa kertas nak dapat duit lebih....ini yang paling ramai.

Kepada cikgu2 yang balik ke Kelantan, Perak dan Kedah.....selamat bermain boh(banjir).

Kerja dengan cuti ini ibarat bunga dengan taik....dekat bau busuk jauh bau wangi....samalah dengan kita yang jenis berkerja sebagai cikgu...bila cuti lama-lama rasa rindu kat sekolah la pulak....tapi bila lama kat sekolah...dengan kerenah pelajar dan pentadbiran sekolah...rasa datang menyampah(sekali sekala)....tambah-tambah time banyak kerja.

Semoga cuti ini diisi dengan perkara yang berfaedah....

Kepada yang nak bertunang... selamat bertunang. Jaga2 kerana darah manis...Drakula suka hisap.

Kepada yang nak kahwin... selamat pengantin baru...tambah seronok musim hujan nie...sejuk. Cepat dapat anak....ha...ha

Kepada yang nak kahwin satu lagi....fikir2kanlah pengorbanan isteri terhadap kita...kalu bulih tok soh lah...tapi kalau dah jodoh dan dah ditakdirkan nak buat macam mana...bukan kerja kita.

Kepada yan menunggu kelahiran cahaya mata.....semoga dikurnia anak yang cantik, sihat dan bijak bestari.

Semoga anda semua kembali nanti ke sekolah seperti keadaan anda sebelum cuti....

Bye.

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP